Yang Di Pertuan Agong

Pemerintah Tertinggi
Angkatan Tentera Malaysia

Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah
Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin
Ibni Al-Marhum
Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah



Panglima ATM



Jeneral Tan Sri Dato' Seri Azizan Ariffin

Chat YM Bersama Admin

YM ADMIN
ID : angkatantentera

Angkatan Tentera Malaysia

Photobucket



Tentera Darat

Photobucket

Tentera Udara Diraja Malaysia

Photobucket

Tentera Laut Diraja Malaysia

Photobucket



Featured Video


Prebet Lapok
Badol & Tawil


























Jom Chatting










SUMBER BERITA



HaLwA TeLiNgA





ONLINE SHOPPING  




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed
Feb 8, 2010
Askar Permainkan Askar. Hantar SMS Tak Jadi Kahwin ...

Askar hantar SMS tak jadi kahwin 2 hari sebelum sanding

ADIK kepada Nor Adriana, Norazman, 23, menunjukkan salinan sijil kursus perkahwinan palsu bakal suami kakaknya sebelum membatalkan majlis perkahwinan.

BATU PAHAT: Impian seorang anggota tentera wanita bernikah dan bersanding dengan jejaka idamannya hancur berkecai apabila lelaki berkenaan tiba-tiba membatalkan perkahwinan mereka, dua hari sebelum majlis pernikahan berlangsung dengan alasan tidak mempunyai sijil kursus pernikahan.

Pembatalan perkahwinan berkenaan menyebabkan bakal pengantin, Nor Adriana Hanim Hairudin, 25 yang bertugas di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, berasa trauma dan tertekan sehingga beliau mengurung dirinya selama tiga hari berturut-turut di dalam bilik.

Lebih mengharukan, majlis persandingan berkenaan terpaksa diteruskan kelmarin apabila tetamu mula hadir ke rumah ibu bapanya tetapi ia terpaksa ditukar sebagai majlis doa selamat. Keadaan tambah kalut apabila bapa Nor Adriana, Hairudin Ahmad, 50, tiba-tiba pengsan akibat terlalu sedih dengan nasib yang menimpa mereka sekeluarga.

Hairuddin yang bekerja sendiri ketika ditemui berkata, mereka sekeluarga bukan saja malu malah rugi besar dengan kejadian itu.

"Kami sudah mengedarkan 1,500 kad jemputan bagi majlis persandingan, Sabtu lalu (kelmarin). Semua perbelanjaan juga sudah dilangsaikan secara tunai membabitkan makanan, khemah, andaman dan beberapa persiapan lain berjumlah lebih RM15,000.

Ibu mangsa, Ramiton Maidin, 47, pula ketika ditemui berkata, pembatalan perkahwinan anaknya itu bermula selepas dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada bakal menantunya yang berusia 26 tahun dan bertugas di Kem Rejimen Pertama Armo Diraja, Kuantan, Pahang, ketika bekerja pada kira-kira jam 1.30 petang, 1 Februari lalu.

"Dia (bakal menantu) meminta majlis pernikahan yang dijadualkan pada 5 Februari dan persandingan pada 6 Februari, ditunda kepada 7 dan 8 Februari kerana masih belum boleh menghantar pelbagai dokumen pernikahan yang diperlukan, atas alasan pegawai bertugas belum menyerahkan kepadanya.

"Saya memberitahu dia, kami tidak boleh menunda tarikh berkenaan kerana sudah terlalu hampir, selain pelbagai persediaan sudah dilakukan termasuk pelbagai perbelanjaan," katanya.

Ramiton berkata, pada 2 Februari, dia, suami dan Nor Adriana bertolak ke Kuantan untuk menemui lelaki berkenaan bagi mengetahui masalah sebenarnya tetapi tidak dibenarkan masuk ke kem. Mereka kemudiannya menerima SMS daripada lelaki itu yang berjanji akan menghantar dokumen berkenaan keesokan harinya.

Mereka kemudian menerima panggilan daripada seorang pegawai tentera kem di Kuantan yang bertanyakan pernahkah lelaki itu meminta majlis perkahwinannya ditangguhkan sejak Januari lalu.

"Saya katakan tidak dan menghantar SMS pembatalan perkahwinan yang diberikan lelaki itu kepada pegawai berkenaan sebagai bukti. Esoknya, kami menemui pegawai itu dan hasil perbincangan, kami mendapat tahu bakal menantu ini tidak pernah mengikuti kursus perkahwinan mahupun memohon cuti untuk bernikah.

"Esoknya, makcik tanya dia sama ada mahu bernikah dengan Nor Adriana atau tidak, dia menjawab tidak mahu. Sejak itu, semua perhubungan dilakukan menggunakan SMS dan apabila cuba dihubungi, dia tidak menjawab panggilan," katanya.

TETAMU beredar selepas keluarga pengantin perempuan mengadakan kenduri doa selamat menggantikan majlis perkahwinan yang terpaksa dibatalkan di Kampung Baru, Sri Gading, Batu Pahat.

 

Posted at 10:04 pm by BudakPoyo
Comments (2)  

Feb 4, 2010
Maklumat Sulit Negara Di Jual. Ada Askar Jadi Pengkhianat Negara?

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan, terdapat kedutaan asing di negara ini menggunakan Atase Pertahanan mereka bagi tujuan mengintip maklumat sulit negara terutamanya yang berhubung dengan soal ketenteraan.

Ahmad Zahid ketika mengesahkan perkara itu berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut turut dibantu oleh 'orang dalam' Kementerian Pertahanan (Kementah) dan para pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

''Kita mempunyai maklumat bahawa kedutaan asing menggunakan Atase Pertahanan mereka dengan dibantu oleh orang dalam untuk mendapatkan maklumat sulit negara. Orang dalam ini mungkin dibayar dan pihak kami telah kenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

''Perkara ini saya akan bawa dan jelaskan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum tindakan susulan (ke atas kedutaan asing) diambil dan maklumat terperinci mengenainya didedahkan,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.

Posted at 07:18 pm by BudakPoyo
Make a comment  

Jan 31, 2010
Sindiket Pinjaman "BANK" Tipu Anggota Tentera

Salam..

Pertama sekali Admin mohon maaf kepada semua pengunjung setia blogs ini kerana sudah lama tidak mengemaskinikan blogs ini. Terikat dengan jadual dan masa yang terhad serta aktiviti yang padat menyukarkan Admin untuk mengemaskinikan Blogs Sahabat Angkatan Tentera ini. Masa yang terluang ini Admin tak sia-siakan dan akan mengemaskinikannya.

Kali ini Admin ingin berkongsi dengan anda semua mengenai sindikit yang begltu berleluasa sekarang ini di dalam kawasan tentera iaitu dengan skim pinjaman bank yang dikenali dengan pinjaman salah sebuah bank tempatan. Terdapat ajen luar yang menggunakan anggota tentera sendiri sebagai agen mereka untuk memperdayakan warga tentera dengan pinjaman peribadi bank mencecah puluhan dan ratusan ribu ringgit.

Risalah di edarkan dalam kawasan tentera dengan mengatakan pinjaman mudah untuk meminjam dari bank. Dalam risalah itu turut menyatakan yang nama yang blacklist pun boleh memohon. Jumlah pinjaman hingga seratus ribu ringgit. Anggota hanya perlu menyediakan slip gaji 3 bulan serta menyediakan wang tunai mengikut jumlah pinjaman iaitu sekiranya pinjaman 10 ribu maka peminjam perlu membayar rm100, 50 ribu, rm 500 dan 10 ribu, rm1000 ringgit.

Jumlah proses dikatakan dalam sebulan tapi seperti menunggu bulan jatuh ke riba, semua itu hanyalah omongan kosong sahaja. Mereka yang membuat pinjaman itu tertipu dan wang hangus dan lesap begitu sahaja. Bila di rujuk pada bank, mereka tidak terima permohonan itu. Kasihan melihat warga anggota tentera yang telah diperdayakan itu.

Yang menyedihkan, agen yang turut bersubahat bagi menarik anggota menyertai skim pinjaman bank itu adalah warga tentera itu sendiri. Kasihan melihat mereka yang telah ditipu memandangkan mereka yang terlibat itu adalah dari mereka yang berpendapatan "rendah". Terpaksa kumpul duit untuk membuat pinjaman dan akhirnya di tipu.

Sesuatu perlu dilakukan agar kes sebegini tidak berlaku. Khabarnya sindikit telah bergiat aktif di kem tentera Port Dickson, Ipoh, Lumut, Sg Petani dan Terendak Melaka. Adalah diharapkan agar warga tentera tidak terpedaya dengan sindiket penipuan ini yang hanya akan merugikan anggota tentera yang berpendapatan sederhana.

Blogs ini menyiarkan artikel ini setelah mendapat aduan dari warga yang tidak mahu ada anggota lain yang tertipu dengan skim pinjaman palsu ini.

Sekian.

Posted at 09:03 pm by BudakPoyo
Make a comment  

Dec 22, 2009
Bukan 1 Tapi 2. Mengapa baru sekarang Didedahkan?

Sebuah lagi enjin pesawat tempur F-5E TUDM hilang pada 2007

KUALA LUMPUR: Bukan satu tetapi dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang, masing-masing berharga RM50 juta, apabila sebuah lagi dipercayai hilang lima bulan selepas kehilangan enjin pertama.

Enjin yang kedua hilang ketika menunggu untuk diselenggarakan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, dua tahun lalu dan disedari pada Mei 2008. Laporan polis dibuat tiga bulan kemudian.

Kejadian dipercayai berlaku pada 1 November 2007, ketika enjin berkenaan dibawa keluar dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth, yang menempatkan pangkalan operasi pesawat berkenaan untuk penyelenggaraan rutin di ibu negara. Sumber memberitahu Berita Harian, penghantaran enjin kedua menggunakan kontena dikendalikan sebuah syarikat penyelenggaraan pesawat tentera dilantik kerajaan tetapi enjin berkenaan tidak tiba ke destinasinya.

Katanya, kehilangan kedua-dua enjin itu dipercayai didalangi kumpulan sama membabitkan orang dalam syarikat penyelenggara terbabit dengan bantuan orang dalam TUDM.

Sementara itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ketika dihubungi, berkata pihaknya akan memulangkan semula fail siasatan kes berkenaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berikutan siasatan yang tidak lengkap termasuk ketiadaan butiran enjin termasuk jenis dan spesifikasinya.

Siasatan itu dikembalikan semula ke Bukit Aman bersama arahan terbaru, termasuk menyiasat kemungkinan pembabitan pihak lain, termasuk agensi kerajaan dalam kehilangan enjin berkenaan.

"Siasatan lebih mendalam, dengan butiran lebih terperinci amatlah diperlukan dalam pengendalian kes ini," kata Abdul Ghani.

Sabtu lalu Berita Harian mendedahkan kehilangan enjin jenis GE J85-21A pesawat tempur F-5E milik TUDM yang dipercayai antara skandal penyelewengan terbesar dalam sejarah TUDM. Maklumat risikan mengesahkan enjin itu dijual ke sebuah negara di Asia Barat.

Enjin berkenaan hilang bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya dari gudang simpanannya di Pangkalan Udara Kuala Lumpur sebaik tiba dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth. Berikutan itu TUDM membuat laporan polis dan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyiasat kejadian itu.

TUDM mula menggunakan pesawat buatan Amerika Syarikat itu pada 1974 untuk tugasan tempur dan peninjau. Bagaimanapun hanya lapan masih digunakan sehingga kini masing-masing model RF-5E Tigereye dan F-5E Tiger II yang berpangkalan di Butterworth.

Sumber berkata, modus operandi kumpulan terbabit licik kerana menggunakan taktik berbeza ketika melarikan kedua-dua enjin berkenaan, dipercayai untuk dijual sebagai komponen alat ganti di pasaran gelap, terutama kepada pembeli antarabangsa.

Katanya, kehilangan kedua-dua enjin itu dilaporkan kepada polis pada 4 Ogos 2008 selepas siasatan dalaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikatakan menemui jalan buntu.

Sementara itu di PUTRAJAYA, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sebagai Menteri Pertahanan ketika itu, beliau mengarahkan supaya laporan polis dibuat sebaik menyedari kehilangan enjin pesawat itu.

"Kita akan tunggu sehingga laporan penuh keluar kerana kita bekerjasama dengan polis, malah apabila kita menyedari kejadian itu, kita melaporkan kepada polis dengan segera.

"Kementerian Pertahanan berpendirian kita perlu menyelesaikan perkara ini dan mengambil tindakan sesuai walaupun tindakan jenayah terhadap mereka terbabit... bukan hasrat kementerian dan TUDM menyembunyikan apa-apa pun," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia keenam, semalam.

Kronologi kehilangan enjin pesawat tempur F-5E TUDM

  • 26Jun 2007 - enjin pertama dihantar keluar
  • 1November 2007 - enjin kedua dihantar keluar
  • Mei 2008 - enjin disedari hilang
  • 4 Ogos 2008 - laporan polis dibuat
  • 13 Mei 2009 - kertas siasatan dihantar kepada Peguam Negara
  • 25 Jun 2009 - kertas siasatan dipulangkan dengan arahan untuk lengkapkan siasatan
  • 18 November 2009 - kertas siasatan dihantar semula.

  • Posted at 11:37 am by BudakPoyo
    Comments (17)  

    Dec 18, 2009
    My Name Is Khan ...

    New Movie For Justice


    Posted at 05:51 pm by BudakPoyo
    Make a comment  

    Nov 12, 2009
    Perbarisan Ulangtahun ATM ke - 76

     Perbarisan bersejarah Sambutan Hari Ulang Tahun ATM ke 76 telah berlangsung di Dataran PTD, Kem Sungai Besi pada malam 9 Nov 09. ATM mencatat sejarah bilamana Perbarisan anjuran Tentera Darat Malaysia buat julung kalinya telah diadakan pada malam hari yang penuh dengan kemeriahan. Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato' Sri Azizan Ariffin TUDM, telah melakukan pemeriksaan perbarisan yang dianggotai seramai 26 pegawai dan 545 LLP dari ketiga-tiga perkhidmatan termasuk pasukan angkatan simpanan.

    Perbarisan ini telah diketuai oleh Lt Kol Sulaiman bin Ghazali dari 4 RRD dan disaksikan oleh Pegawai-pegawai Kanan dari ketiga-tiga perkhidmatan serta warga ATM. Tidak ketinggalan menyaksikan perbarisan bersejaran ini ialah para mantan Panglima Angkatan Tentera dan mantan Panglima Perkhidmatan serta Penasihat-penasihat Ketenteraan dari luar negara. Seramai 5 anggota LLP dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan telah dianugerahkan dengan Pingat Jasa Malaysia manakala 5 warga awam dianugerahkan Sijil Kepuj
    ian.

    Posted at 09:48 pm by BudakPoyo
    Make a comment  

    Oct 23, 2009
    Tiada Bonus bagi Kakitangan Awam.. Apa Kata Anda?




    Bajet 2010 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri. Harapan bagi warga kakitangan awam untuk mendapat Bonus hampa apabila tiada dibentangkan ketika sesi Bajet 2010 di umumkan. Tentera pula bagaimana?

    Apapun golongan kakitangan awam telah diberikan pemberian khas RM500 yang telah di bayar RM250 pada September dan bakinya pada Disember 2009.

    Namun, keperitan pasti akan dirasai oleh golongan kakitangan awam menunggu peritnya merasa gaji yang akan diterima pada hujung bulan depan memandangkan gaji bulan Oktober telah dibayar awal bulan.

    Apa Kata Anda?????

    Posted at 07:09 pm by BudakPoyo
    Comments (23)  

    Oct 22, 2009
    International : Navy's New Warships Reach Speeds of 52 mph


     



    This image provided by the US Navy shows the littoral combat ship Independence (LCS 2) underway during builder's trials on July 12, 2009. Builder's trials are the first opportunity for the shipbuilder and the U.S. Navy to operate the ship underway, and provide an opportunity to test and correct issues before acceptance trials. The second of the Navy's new generation of speedy warships designed to operate close to shore topped 50 miles per hour in builder trials completed this month. Officials say the Independence, a 418-foot ship built in Alabama, traveled in excess of 45 knots, which equates to nearly 52 mph, and sustained 44 knots during a four-hour, full-speed sprint

    BATH, Maine – The Navy's need for speed is being answered by a pair of warships that have reached freeway speeds during testing at sea.

    Independence, a 418-foot warship built in Alabama, boasts a top speed in excess of 45 knots, or about 52 mph, and sustained 44 knots for four hours during builder trials that wrapped up this month off the Gulf Coast. The 378-foot Freedom, a ship built in Wisconsin by a competing defense contractor, has put up similar numbers.

    Both versions of the Littoral Combat Ship use powerful diesel engines, as well as gas turbines for extra speed. They use steerable waterjets instead of propellers and rudders and have shallower drafts than conventional warships, letting them zoom close to shore.

    The ships, better able to chase down pirates, have been fast-tracked because the Navy wants vessels that can operate in coastal, or littoral, waters. Freedom is due to be deployed next year, two years ahead of schedule.

    Independence is an aluminum, tri-hulled warship built by Austal USA in Mobile, Ala. The lead contractor is Maine's Bath Iron Works, a subsidiary of General Dynamics.

    Lockheed Martin Corp. is leading the team that built Freedom in Marinette, Wis. It looks more like a conventional warship, with a single hull made of steel.

    The stakes are high for both teams. The Navy plans to select Lockheed Martin or General Dynamics, but not both, as the builder. The Navy has ordered one more ship from each of the teams before it chooses the final design. Eventually, the Navy wants to build up to 55 of them.

    Speed has long been relished by Navy skippers. Capt. John Paul Jones, sometimes described as father of the U.S. Navy, summed it up this way in 1778: "I wish to have no connection with any ship that does not sail fast; for I intend to go in harm's way."

    Eric Wertheim, author and editor of the U.S. Naval Institute's "Guide to Combat Fleets of the World," said speed is a good thing, but it comes at a cost.

    "This is really something revolutionary," Wertheim said. "The question is how important and how expensive is this burst of speed?"

    Early cost estimates for Littoral Combat Ships were about $220 million apiece, but costs spiraled because of the Navy's requirements and its desire to expedite construction. The cost of the ships is capped at $460 million apiece, starting in the new fiscal year.

    Both ships are built to accommodate helicopters and mission "modules" for either anti-submarine missions, mine removal or traditional surface warfare. The goal is for the modules to be swapped out in 24 hours, and no later than 96 hours, allowing the ships to adapt quickly to new missions, said Cmdr. Victor Chen, a Navy spokesman.

    While they're fast, they aren't necessarily the fastest military ships afloat. The Navy used to have missile-equipped hydrofoils and the Marines' air-cushioned landing craft is capable of similar speeds, Wertheim said. And smaller ships are capable of higher speeds.

    Nonetheless, the speed is impressive, especially considering that other large naval vessels have been cruising along at a relatively pokey 30 to 35 knots for decades.

    Loren Thompson, a defense analyst at the Lexington Institute, noted that Independence sustained 44 knots despite a 30-knot headwind and 6- to 8-foot seas in Alabama's Mobile Bay. "For a ship of this size, it's simply unheard of to sustain that rate of speed for four hours," he said.

    Posted at 09:38 pm by BudakPoyo
    Comments (6)  

    Oct 21, 2009
    Pusat Dan Jadual Pemilihan Tentera Laut Diraja Malaysia

    Sedikit Info :

    TLDM telah menggariskan syarat-syarat dan kriteria yang tertentu bagi setiap calon yang hadir  pada setiap peringkat pemilihan berpandukan kepada Perintah Majlis Angkatan Tentera dan syarat-syarat keperluan semasa perkhidmatan sebagai asas tapisan sebelum dipilih  untuk menjalani latihan Perajurit Muda selama 6 bulan.

    Oleh yang demikian perlaksanaan pemilihan ini menitikberatkan kepada beberapa faktor utama iaitu pencapaian akademik , pengetahuan, penampilan diri, kecergasan dan bentuk fizikal yang bersesuaian dan bertepatan sebagai anggota TLDM selaras dengan kehendak dan bidang tugas yang semakin mencabar masa kini. 

    Calon-calon yang gagal dan tidak menepati ujian di dalam proses pemilihan ini, secara berperingkat  akan disingkirkan daripada mengikuti proses pemilihan seterusnya. Penilaian terhadap calon-calon yang melepasi semua peringkat ujian akan dilakukan melalui Lembaga Temuduga Akhir dan hanya  calon yang layak dan menepati syarat serta kriteria Perajurit Muda TLDM sahaja akan terpilih menjalani latihan di KD SULTAN ISMAIL.

    Harap Maklum.


    Marilah Bersama Menjadi Anggota TLDM



    1)
     Sila hadir di pusat pemilihan yang tercatat seperti di Jadual PemilihanWaktu pendaftaran dibuka mulai jam 0830 pagi hingga 0900 pagi, permohonan tidak akan diterima selepas waktu pendaftaran. Pemohon dikehendaki berpakaian sukan, baju 'T' berkolar, seluar panjang sukan, berkasut sukan dan berstokin.
     

    2) Semua calon dikehendaki membawa bersama sekeping gambar terbaru berukuran passport (gambar tidak akan dikembalikan) dan sampul surat bersetem RM1 berukuran 16cm x 23cm beralamat sendiri.

    Jadual Pemilihan di Semenanjung Malaysia.
     
    JADUAL PEMILIHAN
    TARIKH HARI TEMPAT PUSAT PEMILIHAN PEMOHON
    (a) (b) (c) (d) (e)
    21 Okt 09 Rabu Kuala Lumpur Sek. Keb. Taman Melawati Wanita
    22 Okt 09 Khamis Kuala Selangor Sek. Men. Keb. Sri Tanjung Lelaki
    24 Okt 09 Sabtu Ipoh Sek. Keb. Cator Avenue Lelaki
    26 Okt 09 Isnin Butterworth Sek. Men. Teknik Butterworth Lelaki
    27 Okt 09 Selasa Kangar Sek. Men. Keb. Syed Hassan Lelaki
    29 Okt 09 Khamis Alor Setar Sek. Keb. Taman Uda Wanita
    31 Okt 09 Sabtu Rantau Panjang Sek. Men Keb. Rantau Panjang Lelaki
    2 Nov 09 Isnin Kuala Terengganu Sek. Men. Keb. Panji Alam Lelaki
    3 Nov 09 Selasa Kuala Terengganu Sek. Keb. Sultan Sulaiman II Wanita
    5 Nov 09 Khamis Kuantan Sek. Men. Keb. Mat Kilau Lelaki
    7 Nov 09 Sabtu Pontian Sek. Men. Keb. Sri Perhentian Wanita
    8 Nov 09 Ahad Johor Bahru Sek. Keb. Temenggung Abdul Rahman 2 Lelaki
    10 Nov 09 Selasa Batu Berendam Sek. Keb. Batu Berendam 2 Lelaki
    12 Nov 09 Khamis Seremban Sek. Keb. Rahang Lelaki

    Klik dibawah untuk info :-

      :: KELAYAKAN
      :: KEPAKARAN
      :: PANGKAT
      :: GAJI DAN ELAUN

    Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 

    Markas Tentera Laut
    Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Sumber Manusia – Bantuan
    Kementerian Pertahanan
    Jalan Padang Tembak,
    50634 KUALA LUMPUR
    (Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP)
    Telefon: 03 – 2071 3177 / 03 – 2071 3178

    Laman Web: www.navy.mil.my

    Posted at 02:29 am by BudakPoyo
    Comments (3)  

    Oct 9, 2009
    Esklusif Terkini : KD Seri Inderapura Tidak Dapat Diselamatkan

    Berita Terkini.. ( 09 Okt 2009 )

    KD Sri Inderapura tidak dapat diselamatkan lagi apabila ianya tidak berjaya di
    padamkan kerana dipercayai terdapat sisa bara yang masih tertinggal semalam dan kebakaran terus merebak sekitar jam 0700 pagi tadi seterusnya ia tidak dapat didikawal oleh APMM, Bomba TLDM. Kapal seterusnya dilepaskan tali dan dibiarkan dibawa arus kerana api yang marak seterusnya bagi mengelakkan keadaan yang lebih buruk lagi berlaku memandangkan kapal berkenaan sebelum ini di tambat di jeti. Di sertakan gambar terkini kejadian yang baru diambil sebentar tadi.







    Berita sebelum... (08 Okt 2009 )

    KD Seri Inderapura, kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM di Lumut. Berikut disertakan gambar dan video kebakaran
    .

    Menurut kenyataan Perhubungan Awam Markas Armada TLDM, kebakaran itu berlaku kira-kira pukul 6 pagi ketika terdapat seramai 77 anggota sedang bertugas termasuk enam pegawai dan 22 pelatih.

    Katanya, kapal itu dijadualkan belayar ke Markas Wilayah Laut 2, Kota Kinabalu, Sabah, pada Isnin ini.

    ''Kapal dari Skuadron LST (Kapal Pengangkut) itu dijadualkan belayar ke Malaysia Timur pada 12 Oktober ini untuk penghantaran barang-barang logistik ke Markas Wilayah Laut 2, Kota Kinabalu.

    ''Kejadian tersebut merupakan kali kedua selepas terbakar pada 2002. Usaha memadamkan api telah dilakukan seawal kebakaran itu dikesan," kata kenyataan tersebut di sini hari ini.

    Kapal berkenaan yang dibina pada 1970 telah ditauliahkan dalam perkhidmatan TLDM pada 1995 dan kini telah berusia hampir 40 tahun. Menurut kenyataan itu lagi, KD Sri Inderapura mempunyai kekuatan anggota seramai 324 orang.



    Detik-Detik Cemas Semasa Kebakaran



    KD Sri Inderapura Gah Sebelum Terbakar



    Sesudah Terbakar





    Posted at 01:20 am by BudakPoyo
    Comments (13)  

    Next Page