Perbarisan Ulangtahun ATM ke - 76
Perbarisan bersejarah Sambutan Hari Ulang Tahun ATM ke 76 telah berlangsung di Dataran PTD, Kem Sungai Besi pada malam 9 Nov 09. ATM mencatat sejarah bilamana Perbarisan anjuran Tentera Darat Malaysia buat julung kalinya telah diadakan pada malam hari yang penuh dengan kemeriahan. Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato' Sri Azizan Ariffin TUDM, telah melakukan pemeriksaan perbarisan yang dianggotai seramai 26 pegawai dan 545 LLP dari ketiga-tiga perkhidmatan termasuk pasukan angkatan simpanan.
Perbarisan ini telah diketuai oleh Lt Kol Sulaiman bin Ghazali dari 4 RRD dan disaksikan oleh Pegawai-pegawai Kanan dari ketiga-tiga perkhidmatan serta warga ATM. Tidak ketinggalan menyaksikan perbarisan bersejaran ini ialah para mantan Panglima Angkatan Tentera dan mantan Panglima Perkhidmatan serta Penasihat-penasihat Ketenteraan dari luar negara. Seramai 5 anggota LLP dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan telah dianugerahkan dengan Pingat Jasa Malaysia manakala 5 warga awam dianugerahkan Sijil Kepujian.
Posted at 09:48 pm by BudakPoyo
 |  |  |
veste north face December 2, 2012 11:12 AM PST
Your article is too interesting, I was deeply attracted to your work, let people indulge in pleasures without stop I enjoy your articles,229771,http://angkatantentera.blogdrive.com/archive/43.html |
 |

 |  |  |
charms for pandora August 29, 2012 09:16 PM PDT
thanks for your article,like your blog very much,well done,753155,http://angkatantentera.blogdrive.com/archive/43.html |
 |