Your Ad Here










Yang Di Pertuan Agong
Pemerintah Tertinggi
Angkatan Tentera Malaysia


Duli Yang Maha Mulia Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah



Panglima ATM



JENERAL TAN SRI DATO' SRI
ZULKIFELI BIN MOHD ZIN


Chat YM Bersama Admin

YM ADMIN
ID : angkatantentera

Angkatan Tentera Malaysia

Photobucket



Tentera Darat

Photobucket

Tentera Udara Diraja Malaysia

Photobucket

Tentera Laut Diraja Malaysia

Photobucket



Featured Video


Prebet Lapok
Badol & Tawil


























Jom Chatting










SUMBER BERITA



Radio TENTERAdotFM



LAGU RASMI TLDM



LAGU RASMI TUDM



LAGU RASMI TENTERA DARAT




ASKAR PENCEN




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Jul 21, 2009
Hadith : Keadaan seseorang ketika sampai ajal

HADITH yang diriwayat dari Anas r.a katanya: "Rasulullah s.a.w telah masuk menziarahi seorang pemuda yang sedang berada dalam keadaan hampir mati, lalu bertanya kepadanya: "Bagaimana Keadaanmu?"

Pemuda itu menjawab: "Aku berharap kepada (rahmat) Allah - Ya Rasulullah! - dan aku takutkan (balasan buruk) dari sebab dosa-dosa ku". Mendengarkan yang demikian, Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak berhimpun dalam hati seseorang dua perkara itu (harap dan takut) pada saat yang seperti ini, melainkan Allah memberikannya apa yang diharapkan dan menyelamatkannya dari apa yang ditakuti." [Anas r.a]

Pengajaran hadith:

i) Apabila menghadapi ‘sakratul maut’ setiap umat Islam diminta agar sentiasa mengingati Allah dengan bersungguh-sungguh serta berdoa semoga Allah memberi pertolongan kepadanya semasa mengalami penderitaan tersebut.

ii) Kita hendaklah menanamkan perasaan takut terhadap kemurkaan Allah dan mengharapkan rahmat daripada-Nya pada setiap masa apatah lagi di saat-saat genting menghadapi sakratul maut kerana hal ini ada ganjaran dan penghargaan yang besar daripada Allah S.W.T malah dengan adanya perasaan tersebut juga akan menghindarkan kita daripada terdorong melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah.

Posted at 01:44 pm by BudakPoyo
Comments (2)  

Jun 15, 2009
Benarkan Ching Peng Kembali...

Tatkala ini penuh perdebatan mengenai isu Chin Peng. Ada yang menyokong kepulangannya dan ada juga yang bersikap sebaliknya. Bagi warga anggota tentera yang berjuang menentang komunis dulu, ianya tentu memilukan dan menghiris hati mereka sekiranya Chin Peng dibenarkan kembali ke tanahairnya.

Bagi penulis, membawa Chin Peng kembali ke tanahair adalah amat wajar. Dengan tidak memberi Chin Peng kembali ke tanahair, seolah-olah rakyat Malaysia sudah memaafkannya dan biarkan beliau begitu sahaja. Adakah ini yang kita mahukan?

Bila diberi Chin Peng kembali ke tanahair, Chin Peng perlulah di dakwa ke Mahkamah dengan tuduhan jenayah perang. Kemudian sekiranya bersalah dan terbukti, dia perlulah dihukum dengan seadilnya. Biarlah dia mati di tanahair sendiri. Rakyat pasti akan lega dan puas kerana hukuman telah diberikan sewajarnya pada pemimpin komunis ini. Begitu juga dengan Anggota Tentera yang terlibat. Kepuasan akan terpancar sekiranya Chin Peng kembali dan menerima hukuman yang sewajarnya.

Juga ingin penulis menyatakan sedikit pandangan terhadap pemimpin kerajaan yang berjuang dan pertahankan jasa tentera dalam menentang komunis dahulu. Namun, apa pula jasa kerajaan dan pemimpin negara pada pejuang dan warga angkatan tentera sehingga kini?

Gaji yang diterima oleh anggota tentera kini adalah rendah dikalangan gaji kakitangan awam. Berbeza dengan gaji anggota Polis yang begitu mewah. Adakah pihak Polis berjuang menentang penjenayah sehingga kini maka gaji yang diberikan begitu tinggi?. Berbeza dengan angkatan tentera. Adakah kerana zaman sekarang tiada komunis maka gaji yang masih di takuk lama tidak dinaikkan seolah-olah tentera kini tiada kerja?

Harapan menggunung semoga jasa tentera diberi perhatian sewajarnya kerana tenteralah benteng pertama pertahanan negara. Berapa kerat sangatlah anggota tentera sehingga tidak diberikan gaji yang sewajarnya.

Posted at 09:26 pm by BudakPoyo
Comments (19)  

May 29, 2009
Aduhai ... Tentera Berkhalwat Lagi.

Photobucket

TERTUDUH, Raden Farah dan Tengku Mohd Faisal menutup muka ketika di luar Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR: "Saya tahu saya sudah mencalarkan maruah keluarga tetapi saya sudah insaf dan berjanji akan menjadi orang lebih baik selepas ini," itulah luahan pelajar perempuan Kuliah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum dijatuhkan hukuman penjara dan denda kerana berkhalwat.

Raden Farah Al Wani Ab Halim, 21, yang mengaku bersalah berkhalwat dengan seorang tentera yang baru lima hari dikenalinya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, menangis teresak-esak ketika memohon mahkamah meringankan hukuman ke atasnya.

Bagaimanapun, Hakim Syarie Mohd Radzi Abd Latif tetap menjatuhkan hukuman penjara tiga hari dan denda RM2,000 terhadapnya.

Pasangannya, Tengku Mohd Faisal Engku Mahmood Mahedden, sekitar 20-an, yang hadir di mahkamah lengkap berpakaian tentera mengaku tidak bersalah dan akan dibicarakan bulan depan.

Kedua-dua ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang melakukan operasi cegah maksiat di Bilik A2, Welvest International Youth Hotel, Jalan Merpati off Jalan Raja Laut di sini, jam 2.50 pagi, 1 Januari lalu.

Raden Farah ditemui sedang bersembunyi dalam bilik air dengan hanya menggunakan cadar putih bagi menutupi badan manakala Tengku Mohd Faisal yang membuka pintu hotel itu tidak memakai baju dan hanya berseluar.

Turut didakwa di mahkamah semalam, tujuh pasangan lain termasuk pasangan duda dan janda iaitu kekasih yang bertemu kembali selepas lama berpisah serta ditangkap berkhalwat di rumah wanita itu pada jam 3.05 pagi, selain pasangan pembantu kedai dan lelaki warga Myanmar yang bukan Islam.

Pasangan duda dan janda, Zaharin Zainal, 35, seorang peniaga dan Zarina Anuar, 38, akauntan didenda RM3,000 atau 20 bulan penjara, manakala Shuhaida Sidik, 24, pula dijatuhkan hukuman penjara 30 hari, didenda RM3,000 atau penjara 20 bulan kerana mengaku pernah terlanjur dengan pasangan Myanmarnya.

Posted at 11:45 am by BudakPoyo
Comments (50)  

Apr 24, 2009
Terkini : Gambar Sekitar Pengisytiharaan Lumut Bandar TLDM

Salam...

Admin sempat menghadiri Pelancaran Pengisytiharaan Lumut Bandar TLDM petang tadi. Sambutan yang diberikan oleh orang ramai adalah amat menggalakkan. Berikut Admin kongsikan gambar yang sempat Admin ambil untuk tatapan anda semua.

Tahniah TLDM !!! satu lagi sejarah tercipta. Petang tadi Lumut di penuhi dengan Askar "PUTIH" yang begitu mengagumkan. Majlis petang tadi dirasmikan oleh Sultan Perak yang turut disertai Sultan Selangor dan Raja Muda Perak serta MB.

Tugu Sauh Tentera Laut turut di dirikan di tengah Bandar Lumut untuk tatapan orang ramai mengetahui sejarah yang tercipta itu. Disamping itu juga diadakan pameran dalam khemah yang di sediakan.

Majlis turut dimeriahkan dengan perbarisan oleh anggota TLDM dengan menggayakan pelbagai pakaian yang terdapat @ digunakan dalam TLDM serta acara kemuncaknya adalah pertunjukan kawad senyap dan demonstrasi rampasan kapal oleh Lanun yang di selamatkan oleh PASKAL TLDM yang diadakan sekitar jeti Lumut yang menggamit ribuan penonton.

Gambar Sekitar Lumut Bandar Tentera Laut

( Klik Gambar Untuk Imej Yang Lebih Besar )

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

 

Posted at 11:18 pm by BudakPoyo
Comment (1)  

Apr 19, 2009
Antara Islam, Melayu & ...........

Ustaz Asri Ibrahim
 

 
 

Posted at 03:39 pm by BudakPoyo
Make a comment  

Apr 16, 2009
TV Online @ Armed Forces FC

Satu lagi kemudahan untuk anda warga pengunjung Armed Forces FC untuk menonton Televisyen Malaysia, Antarabangsa, Sukan Bolasepak (Live) secara online.

Klik : TV Malaysia

Selamat Menonton

Posted at 09:52 pm by BudakPoyo
Make a comment  

Apr 14, 2009
Tentera Berhutang Ceti. Usah Biarkan Ia Terus Berlaku

Agak membimbangkan dewasa ini apabila kebanyakan anggota berhutang ceti untuk sara diri dan keluarga. Perkara ini kalau dibiarkan berterusan akan menyebabkan prestasi kerja anggota akan menurun.

Kajian telah dibuat oleh pihak Armed Forces FC di pekan dan bandar utama yang terdapat kem-kem tentera dimana setiap kali tibanya gaji, maka berderetlah anggota beratur di pusat-pusat pinjaman wang berlesen untuk mengambil gaji mereka. Jika anda tidak percaya, pergilah lihat sendiri bagi membuktikan kenyataan ini.

Bukan sahaja anggota yang telah berkahwin, bahkan ramai juga anggota bujang yang membuat pinjaman ceti. Bayangkanlah setiap bulan gaji yang di ambil terpaksa di potong 10 - 11 % (bunga) bagi di berikan kepada tauke yang memberi mereka pinjam itu.

Persoalannya mengapa ini terjadi?. Apakah gaji anggota tentera tidak mencukupi?. Jika di kaji, gaji anggota tentera adalah antara yang tertinggi dikalangan penjawat kakitangan awam yang lain. Kenaikan pada bulan Julai 2007 adalah yang tertinggi jika di bandingkan dengan gaji anggota 10 tahun yang lepas.

Jawapannya mudah sahaja. Pengurusan perbelanjaan anggota itu sendiri tidak di kawal dengan berhemah. Bayangkanlah ada di kalangan anggota yang mendapat gaji bersih RM50 sebulan. Dalam slip gaji, banyak yang di potong seperti hutang koperasi, hutang PERNAMA, hutang rumah, potongan Insurans, hutang pinjaman bank & sebagainya.

Mengapa terlalu banyak hutang?. Perumpamaan ada menyebut "ukur kain di baju sendiri". Janganlah terlalu mengikutkan nafsu kerana turutkan hati mati, turutkan kata binasa. Bersederhanalah dalam berbelanja seharian. Ingatlah masa depan kita dan keluarga. Bagi yang bujang pula, fikirkanlah masa depan. Fikirlah bahawa kita akan berumahtangga dan bagaimana hendak menyara anak orang dengan gaji yang begitu sikit. Jangan terlalu fikirkan untuk berhibur hingga terlupa paksi kehidupan mendatang.

Harapan tinggi segunung intan dari pihak Armed Forces FC agar sesuatu dapat dilakukan oleh pihak tertinggi ATM untuk membendung masalah yang kian menjadi barah dalam ATM ini. Kita taknak perkara begini diwarisi oleh golongan pelapis pada masa akan datang seolah-olah ianya tiada jalan penyelesaian. Mungkin perlu diadakan seminar bagaimana menguruskan perbelanjaan atau sebagainya.

Kita tidak mahu dengan keadaan begini akan menyebabkan prestasi anggota semakin menurun hingga terjejas perkhidmatannya dalam bidang ketenteraan yang mulia ini kerana asyik memikirkan masalah kewangan dan sebagainya hingga berlakunya perkara yang tidak sepatutnya berlaku seperti mencuri harta benda di tempat kerja, menjual catuan atau sebagainya.

Pada mereka yang terlibat, mulakan inisiatif anda dari sekarang. Mulakanlah azam baru. Apabila habis hutang, bertekadlah untuk tidak mahu berhutang lagi. Langsaikanlah hutang anda segera di Pusat Pinjawan Wang agar segalanya menjadi normal semula. Semoga kalian dapat mulakan hidup baru yang dapat mengatur perbelanjaan anda dengan berhemah.

Posted at 04:02 am by BudakPoyo
Comments (17)  

Apr 13, 2009
Temuduga Lepasan SPM Untuk Kemasukan Ke UPNM



HEBAHAN AWAL TEMUDUGA LEPASAN SPM / SETARAF

Kepada calon-calon lepasan SPM/Setaraf yang memohon untuk mengikuti program Pengajian Asasi Pertahanan bagi sidang akademik 2009/2010, Sila semak status panggilan temuduga anda mulai 6 April 2009 melalui laman web  UPNM Calon-calon yang terpilih akan menerima Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Tarikh temuduga bagi lepasan SPM/Setaraf akan bermula pada 8 April 2009 hingga 16 April 2009.

Tempat-tempat temuduga adalah seperti berikut:

1) Calon-calon dari semenanjung Malaysia - KEM TERENDAK, MELAKA
2) Calon-calon dari Sabah - KEM LOK KAWI, SABAH
3) Calon-calon dari Sarawak - KEM PENRISSEN, SARAWAK

Posted at 03:24 am by BudakPoyo
Comments (213)  

Apr 12, 2009
Kembalilah Kepada Islam....

Setiap pekerjaan yang kita lakukan khasnya dalam Angkatan Tentera ini adalah kerana Allah s.w.t. Kemudian untuk diri sendiri, keluarga dan sebagainya. Rezeki yang kita dapat dengan cara "halal" ini sesungguhnya akan diberkati oleh Yang Maha Kuasa.

 

Kebelakangan ini terdapat banyak penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, mengambil hak yang bukan kita punya serta salah laku moral yang menjadi barah dalam Angkatan Tentera.

 

Pernahkah terfikir oleh kita bahawa rezeki yang kita dapat dengan cara yang tidak elok @ haram sebegini hendak diberikan kepada keluarga?. Mahukah kita lihat ahli keluarga kita makan dari sumber yang tidak elok @ haram hasilnya yang kita perolehi seterusnya menjadi darah daging yang kemudiannya akan sebati dengan darah daging kita mahupun keluarga?.

 

Memang betul rasuah dan penyelewengan banyak berlaku. Dimana-mana juga berlaku rasuah dan penyelewengan. Namun, mahukah kita meneruskan tradisi ini?. Jika kita tidak mulakan dari diri kita sendiri untuk tidak melakukan rasuah dan penyelewengan serta membendungnya, pasti ianya tidak akan menular pada generasi kita akan datang, Insya-Allah.

 

Bidang ketenteraan adalah bidang yang mulia di sisi Islam. Nabi juga pergi berperang dengan bala tenteranya. Jadi, perjuangan kita dalam bidang ketenteraan ini adalah untuk mempertahankan Agama yang utama diikuti dengan Bangsa seterusnya Negara. Jadi jika kita tidak mengamalkan nilai-nilai ajaran Islam sepertimana yang dituntut, adakah perjuangan kita ini di redhai oleh Allah s.w.t dan akan berjayakah kita sekiranya kita berperang?

 

Bayangkanlah dari pemerhatian, tentera yang bertugas di luar Negara mahupun dalam Negara kebanyakannya apabila mendapat kelepasan, pasti mereka pergi ke tempat hiburan untuk berhibur. Tidak salah untuk kita berhibur namun adakah kita berhibur dengan cara yang betul?. Perlukah kita pergi ke tempat maksiat? Perlukah kita pergi ke bar untuk minum arak bagi menghilangkan kebosanan setelah seharian penat berkerja bagi menghiburkan diri?. Tepuk dada tanyalah selera.

 

Pokok pangkalnya adalah dalam diri sendiri. Tiang agama yang di tanam dalam diri sejak kecil adalah tiang seri yang ada dalam setiap diri anggota. Yang penting adalah kembali kepada ajaran Islam sebenarnya. Lihatlah berapa ramai anggota yang mendirikan solat bila tiba pada masanya? Lihatlah berapa ramai yang hadir ke kuliah agama walaupun kekadang ada yang terpaksa kerana telah ditugaskan untuk mendengarnya walhal dalam hati "keberatan" untuk pergi ke sana.

 

Yakin dan percayalah, pegangan agama penting bagi setiap dari kita untuk terus cemerlang dalam bidang ketenteraan ini serta mendapat keredhaan dari Nya. Mungkin ramai yang mengatakan pada usia muda inilah kita perlu buat apa sahaja seperti berhibur, minum arak dan maksiat kerana bila dah berkahwin atau sudah meniti senja, kita pasti tidak dapat melakukannya dan pada masa itulah kita hendak bertaubat dan berubah. Berfikiran sempit seperti inilah yang merosakkan diri kita akhirnya. Ingatlah, usia kita tak tentu. Bila-bila masa sahaja kita akan mati sekiranya Allah s.w.t berkehendakkan begitu. Pada masa itu, cukupkah amalan kita?. Sempatkah kita bertaubat?. Bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

 

Adalah diharapkan Masjid dan surau yang ada di setiap Kem @ Pangkalan di imarahkan. Adakan ceramah setiap minggu dengan menjemput penceramah dari luar mahupun KAGAT untuk memberi kesedaran terhadap anggota untuk kembali pada Islam yang sebenarnya. Percayalah dengan adanya usaha sebegini, ramai kalangan anggota kita akan mendapat ilmu yang mendalam yang boleh dibawa bekalan di akhirat kelak, Insya- Allah.


Posted at 10:32 pm by BudakPoyo
Comments (2)  

Apr 6, 2009
Warna-Warni Angkatan Tentera Malaysia

Tentera Benteng Pertahanan Negara

Photobucket

Photobucket

Photobucket





Mengerah keringat, berganding bahu bersama memperjuangkan tanahair yang tercinta. Perajurit dan Srikandi negara bersatu tanpa mengenal jemu kerana mereka inilah barisan hadapan Pertahanan Negara. Kerjasama jitu baik Tentera Darat, Tentera Laut & Tentera Udara memperkasakan
Angkatan Tentera Malaysia menjadikan ATM terbilang di mata dunia.

Posted at 03:52 am by BudakPoyo
Comments (3)  

Previous Page